Laman Media

Keadilan Bukit Bintang

Ketua Cabang mengiringi YB Menteri Dalam Negeri

Sepang, 2 Jun 2025 – Ketua Cabang KEADILAN Bukit Bintang, Saudara Anwar Pawan Chik telah mengiringi YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
bagi pelepasan beliau untuk menunaikan ibadah haji.

Pelepasan ini berlangsung dalam suasana penuh tertib dan kesyukuran, menandakan permulaan satu perjalanan suci yang sarat dengan penghayatan rohani dan keinsafan. Seluruh warga KEADILAN Cabang Bukit Bintang mendoakan agar YB Datuk Seri Saifuddin Nasution dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan ibadah serta memperoleh haji yang mabrur.

KEADILAN Cabang Bukit Bintang turut menzahirkan sokongan dan doa yang berterusan agar kepimpinan negara sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, diberi kekuatan serta kebijaksanaan dalam memikul amanah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Please follow and like us:

Artikel Berkaitan

16/01/2026
Program "Back To School" Sempena Pembukaan Sekolah 2026

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang bersama Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Bintang telah selesai menyempurnakan program serahan beg sekolah kepada penduduk setempat di Perumahan Sri Alam, […]

Read More
15/01/2026
Mesyuarat Jawatankuasa Cabang Bukit Bintang Kali 3 Tahun 2025

Bukit Bintang, 28 Disember 2025 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Bintang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Kali Ke-3 bagi Tahun 2025 bertempat di Please follow […]

Read More
15/01/2026
Program Sambutan Ambang Merdeka 2025

KUALA LUMPUR – Program serahan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) anjuran Cabang Keadilan Bukit Bintang telah berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh Saudara Anwar Pawan Chik selaku Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang, […]

Read More
© 2026 Keadilan Bukit Bintang. Disediakan oleh Biro Penerangan Keadilan Bukit Bintang.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram