KUALA LUMPUR – Naib Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang bersama Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Bintang telah selesai menyempurnakan program serahan beg sekolah kepada penduduk setempat di Perumahan Sri Alam, […]

Bukit Bintang – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) KEADILAN Cabang Bukit Bintang kali ke-2 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya, sekali gus menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh struktur organisasi cabang bagi tahun 2025.
Selepas mesyuarat selesai, beberapa jawatan utama dalam Jawatankuasa Cabang telah dilantik secara rasmi. Majlis penyerahan surat pelantikan Ahli Jawatankuasa Cabang telah disempurnakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Bukit Bintang, Saudara Anwar Pawan Chik, dan disaksikan oleh barisan kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa Cabang yang hadir.
Pelantikan ini bertujuan memperkemas gerak kerja organisasi, memperkukuh koordinasi antara biro serta memastikan setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan demi memperjuangkan agenda parti dan kebajikan rakyat.
KEADILAN Cabang Bukit Bintang merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang telah menerima pelantikan, serta berharap agar amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh komitmen, integriti dan semangat reformasi demi memperkasakan parti di peringkat cabang.
KUALA LUMPUR – Naib Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang bersama Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Bintang telah selesai menyempurnakan program serahan beg sekolah kepada penduduk setempat di Perumahan Sri Alam, […]
Bukit Bintang, 28 Disember 2025 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Bintang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Kali Ke-3 bagi Tahun 2025 bertempat di Please follow […]
KUALA LUMPUR – Program serahan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) anjuran Cabang Keadilan Bukit Bintang telah berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh Saudara Anwar Pawan Chik selaku Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang, […]