Laman Media

Keadilan Bukit Bintang

Program "Back To School" Sempena Pembukaan Sekolah 2026

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang bersama Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Bintang telah selesai menyempurnakan program serahan beg sekolah kepada penduduk setempat di Perumahan Sri Alam, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan hasil sumbangan Ketua Wanita Keadilan, YB Fadlina Sidek, sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan pendidikan anak-anak daripada keluarga setempat, khususnya menjelang sesi persekolahan.

Serahan sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban ibu bapa, malah mencerminkan komitmen berterusan Parti Keadilan Rakyat dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta memastikan akses pendidikan yang lebih baik untuk semua lapisan masyarakat.

Kepimpinan Cabang Keadilan Bukit Bintang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Fadlina Sidek atas sumbangan dan sokongan yang diberikan, serta menegaskan komitmen cabang untuk terus mendekati rakyat melalui program kebajikan dan kemasyarakatan yang berterusan.

 

Please follow and like us:

Artikel Berkaitan

16/01/2026
Program "Back To School" Sempena Pembukaan Sekolah 2026

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang bersama Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Bintang telah selesai menyempurnakan program serahan beg sekolah kepada penduduk setempat di Perumahan Sri Alam, […]

Read More
15/01/2026
Mesyuarat Jawatankuasa Cabang Bukit Bintang Kali 3 Tahun 2025

Bukit Bintang, 28 Disember 2025 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bukit Bintang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Kali Ke-3 bagi Tahun 2025 bertempat di Please follow […]

Read More
15/01/2026
Program Sambutan Ambang Merdeka 2025

KUALA LUMPUR – Program serahan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) anjuran Cabang Keadilan Bukit Bintang telah berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh Saudara Anwar Pawan Chik selaku Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang, […]

Read More
© 2026 Keadilan Bukit Bintang. Disediakan oleh Biro Penerangan Keadilan Bukit Bintang.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram