Laman Media

Keadilan Bukit Bintang

AMK Bukit Bintang Santuni Masyarakat Melalui Program Sumbangan Kasih Syawal

Bukit Bintang, 18 Mac 2026 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Bintang dengan kerjasama AMK Wilayah Persekutuan telah melaksanakan program Sumbangan Kasih Syawal sebagai persiapan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Inisiatif kebajikan ini bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Program tersebut mencerminkan komitmen berterusan AMK dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan.

Ketua AMK Bukit Bintang merangkap Naib Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Firzan Hakimi, merakamkan penghargaan kepada kepimpinan AMK atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali serta Ketua AMK Malaysia, Kamil Munim di atas sokongan dan bantuan ini demi menjamin kebajikan rakyat di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau turut berharap agar sumbangan yang disalurkan dapat memberi kelegaan kepada penerima dan membantu seluruh keluarga menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Program seperti ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat dan memahami keperluan sebenar rakyat di peringkat akar umbi.

 
#AMKBukitBintang
#AMKWilayahPersekutuan
#MalaysiaMADANI
 
Please follow and like us:

Artikel Berkaitan

06/04/2026
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2026 Bukit Bintang

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.   Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Read More
05/04/2026
Naib Ketua Cabang Bukit Bintang Hadiri Sambutan Aidilfitri PPR Sri Alam 2

Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]

Read More
05/04/2026
Kepimpinan Keadilan Bukit Bintang Hadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]

Read More
© 2026 Keadilan Bukit Bintang. Disediakan oleh Biro Penerangan Keadilan Bukit Bintang.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram