Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang.
Kehadiran delegasi Keadilan Bukit Bintang adalah sebagai memenuhi jemputan tuan rumah, Tengku Azman, dalam suasana penuh muhibah sempena sambutan Aidilfitri.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa tokoh kenamaan termasuk Khairy Jamaluddin serta Mohd Sumali Reduan.
Delegasi Keadilan Bukit Bintang diketuai oleh Ketua Cabang, Anwar Pawan Chik, bersama Ketua Penerangan, Tengku Imran serta Ahli Jawatankuasa Cabang, Muhammad Safwan.
Kehadiran ini mencerminkan semangat keterbukaan dan kematangan politik dalam menjalin hubungan baik antara pelbagai pihak, di samping memperkukuh silaturahim antara pimpinan politik dan masyarakat.
Majlis rumah terbuka seperti ini menjadi platform penting dalam memupuk perpaduan serta mempererat hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.
#KeadilanBukitBintang
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]
Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]