Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung di Dataran PPR Sri Alam Fasa 2.
Majlis yang bermula seawal jam 9.00 malam itu berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kemesraan, menghimpunkan penduduk setempat dalam semangat perpaduan dan silaturahim sempena Aidilfitri.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan termasuk persembahan hiburan, pertunjukan bunga api serta sajian juadah hari raya yang dinikmati bersama oleh para hadirin.
Kehadiran pimpinan cabang dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, di samping mengeratkan hubungan antara pimpinan parti dan komuniti setempat.
Majlis seperti ini turut menjadi platform penting dalam memupuk semangat muafakat serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan penduduk setempat.
#KeadilanBukitBintang
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]
Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]