Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Selayang, 8 Mac 2026 – Keadilan Cabang Bukit Bintang meneruskan komitmen kebajikan melalui program ziarah prihatin dengan melawat ibu kepada salah seorang anggota cabang yang sedang menerima rawatan di Hospital Selayang akibat serangan strok.
Ziarah yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu dihadiri oleh Ketua Penerangan Cabang, Tengku Imran yang mewakili Ketua Cabang dalam menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pesakit dan keluarga.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Biro Kebajikan AMK Bukit Bintang, Syam bin Salleh sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap ahli serta keluarga yang ditimpa musibah.
Program ziarah ini mencerminkan nilai kemanusiaan dan solidariti yang terus dipupuk dalam kalangan pimpinan serta anggota parti, khususnya dalam memastikan kebajikan ahli sentiasa diberi perhatian.
Diharapkan sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada pesakit untuk terus tabah dalam menghadapi ujian kesihatan.
#KeadilanBukitBintang
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]
Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]