Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

KUALA LUMPUR – Program serahan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) anjuran Cabang Keadilan Bukit Bintang telah berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh Saudara Anwar Pawan Chik selaku Ketua Cabang Keadilan Bukit Bintang, bersama barisan Jawatankuasa Cabang, bertempat di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur, tepat pada jam 12.00 tengah malam.
Program ini dilaksanakan sebagai simbol semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara, khususnya dalam menyemarakkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat bandar.
Serahan Jalur Gemilang ini turut mencerminkan komitmen Cabang Keadilan Bukit Bintang dalam memupuk nilai kenegaraan selari dengan perjuangan parti yang berteraskan keadilan, reformasi dan kesejahteraan rakyat.
Cabang Keadilan Bukit Bintang akan terus komited melaksanakan program kemasyarakatan dan kenegaraan secara berterusan sebagai usaha mendekati rakyat serta memperkukuh semangat kebangsaan di peringkat setempat.
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]
Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]