Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Bukit Bintang, 31 Mei 2025 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) KEADILAN Cabang Bukit Bintang kali pertama bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 31 Mei 2025.
Mesyuarat ini menjadi medan penting bagi barisan kepimpinan cabang untuk membincangkan hala tuju, perancangan strategik serta memperkukuh gerak kerja parti bagi menghadapi cabaran semasa. Suasana mesyuarat berlangsung dengan penuh harmoni dan konstruktif, disertai pertukaran idea-idea membina daripada semua AJK demi memastikan perjuangan parti terus relevan dan berkesan di peringkat akar umbi.
Pelbagai pandangan dan cadangan telah dikemukakan bagi memperkasakan organisasi cabang, meningkatkan khidmat kepada masyarakat setempat serta memperkukuh sokongan rakyat terhadap agenda reformasi dan keadilan sosial.
KEADILAN Cabang Bukit Bintang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir serta terus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meneruskan perjuangan reformasi demi kepentingan rakyat.
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Seluruh anggota Keadilan Cabang […]
Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]
Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]