Laman Media

Keadilan Bukit Bintang

Majlis Perasmian Perdana MATC 2026 Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Majlis Perasmian Perdana MATC 2026 Wilayah Persekutuan telah berlangsung dengan penuh jayanya pada jam 8.30 malam di Komune Living & Wellness, menghimpunkan barisan kepimpinan parti dari seluruh Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Fahmi Fadzil selaku perasmi utama. Turut hadir ialah Azman Abidin, Muhammad Fikri Abdul Aziz, barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan, ketua-ketua cabang serta ahli jawatankuasa cabang.

Ketua Cabang Bukit Bintang turut hadir memenuhi jemputan bersama seramai 16 ahli jawatankuasa Cabang Keadilan Bukit Bintang sebagai tanda komitmen dan sokongan berterusan terhadap agenda serta halatuju parti di peringkat Wilayah Persekutuan.

Penganjuran majlis ini dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh kesepaduan kepimpinan, menyelaras gerak kerja organisasi serta mempertingkatkan kesiapsiagaan jentera parti dalam mendepani cabaran politik semasa.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar melibatkan barisan kepimpinan Cabang Bukit Bintang sebagai simbol kebersamaan dan solidariti dalam memperjuangkan aspirasi parti.

#KeadilanBukitBintang

Please follow and like us:

Artikel Berkaitan

06/04/2026
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2026 Bukit Bintang

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.   Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Read More
05/04/2026
Naib Ketua Cabang Bukit Bintang Hadiri Sambutan Aidilfitri PPR Sri Alam 2

Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]

Read More
05/04/2026
Kepimpinan Keadilan Bukit Bintang Hadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]

Read More
© 2026 Keadilan Bukit Bintang. Disediakan oleh Biro Penerangan Keadilan Bukit Bintang.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram