Laman Media

Keadilan Bukit Bintang

Sistem e-Aduan platform santuni permasalahan di Bukit Bintang

Kuala Lumpur: Biro Pengaduan Awam Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Cabang Bukit Bintang tampil dengan Sistem e-Aduan Awam sebagai satu platform digital bagi membolehkan masyarakat menyalurkan aduan, maklum balas serta cadangan berkaitan isu-isu setempat.

Ketua Penerangan Keadilan Cabang Bukit Bintang Tengku Imran Tengku Zainal Abidin berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen parti dalam memanfaatkan teknologi digital bagi memperkasa suara rakyat.

Katanya ia juga dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurutnya, pelaksanaan sistem ini bukan sahaja bertujuan memudahkan urusan rakyat, malah berfungsi sebagai mekanisme pemantauan yang lebih sistematik agar setiap aduan dapat diteliti dan ditangani secara bertanggungjawab serta berintegriti.

"Hari ini kita juga adakan sesi suai kenal bersama pengamal media sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh keterlibatan rakyat serta menjalin hubungan strategik yang lebih erat.

"Pendekatan digital seperti Sistem e-Aduan Awam ini adalah selari dengan semangat reformasi dan prinsip kerajaan MADANI yang menekankan tadbir urus baik, serta ketelusan kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat khususnya di dalam Parlimen Bukit Bintang.

Selain itu katanya, Keadilan Cabang Bukit Bintang juga akan melaksanakan pemantauan susulan bagi memastikan aduan yang dikemukakan dikenal pasti, diberi perhatian serta diangkat agar dapat ditangani dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

"Kerjasama ini bertujuan memastikan setiap aduan dapat disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan secara lebih tersusun dan berfokus, selain memperkukuh penyelarasan antara wakil rakyat, parti dan institusi kerajaan dalam menangani isu-isu setempat secara berkesan," katanya.

Disiarkan pada: Februari 7, 2026 @ 4:54pm

Sumber:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320052/sistem-e-aduan-platform-santuni-permasalahan-di-bukit-bintang

 

Please follow and like us:

Artikel Berkaitan

06/04/2026
Makluman Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2026 Bukit Bintang

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Bukit Bintang 2026 akan diadakan pada 19 April 2026, jam 8.00 malam di Bintang Collectionz Hotel, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.   Seluruh anggota Keadilan Cabang […]

Read More
05/04/2026
Naib Ketua Cabang Bukit Bintang Hadiri Sambutan Aidilfitri PPR Sri Alam 2

Kuala Lumpur, 4 April 2026 – Naib Ketua Cabang Bukit Bintang, Razali Latif, telah menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penduduk PPR Sri Alam 2 yang berlangsung […]

Read More
05/04/2026
Kepimpinan Keadilan Bukit Bintang Hadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang

Kuala Lumpur, 15 Mac 2026 – Barisan kepimpinan Keadilan Cabang Bukit Bintang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berlangsung pada jam 4.00 petang di Pejabat UMNO […]

Read More
© 2026 Keadilan Bukit Bintang. Disediakan oleh Biro Penerangan Keadilan Bukit Bintang.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram